Timur Dekat

Inti Sari

Joshua J. Mark
oleh , diterjemahkan oleh Amir Zayyanid
diterbitkan pada 23 October 2022
X
The Ancient Near East c. 1500-1300 BCE (by Simeon Netchev, CC BY-NC-SA)
Timur Dekat Kuno c. 1500-1300 SM
Simeon Netchev (CC BY-NC-SA)

Secara tradisi, Timur Dekat dianggap oleh ahli-ahli arkeologi dan sejarahwan silam sebagai barat daya Asia, khususnya kawasan yang dikelilingi oleh Laut Mediterranean, Laut Hitam, Laut Kaspia, Laut Merah, dan Teluk Parsi/Arab. Pada era moden, Timur Dekat merangkumi negara Israel/Palestin, Lebanon, Syria, Turki, Jordan, Iraq, dan barat Iran. Sebahagian sejarahwan turut memasukkan Cyprus dan Transkaukasus (Georgia, Armenia, Azerbajian) ke dalam takrifan Timur Dekat, walaupun hakikatnya masing-masing lebih sesuai dirangkumkan ke dalam "Mediterranean timur" dan " Kaukasus". Mesir walaupun terlibat sebagai salah sebuah negara anggota Timur Dekat dalam sejarah silam, ia sering dikecualikan daripada pengistilahan tersebut. Bagi penyelidik dan jurnalis politik moden, istilah "Timur Tengah" digunakan bagi merujuk kawasan geografi yang sama dengan Timur Dekat. Rantau ini secara umum dianggap sebagai "buaian tamadun" kerana banyak perkembangan penting dalam sejarah manusia, seperti teknologi pertanian, sistem tulisan, dan kota terawal, lahir di sana.

Sisihkan Iklan
Pengiklanan

Darihal Penterjemah

Amir Zayyanid
Penulis dan penterjemah bebas di The Patriots Malaysia, Kuala Lumpur

Darihal Penulis

Joshua J. Mark
Penulis bebas dan bekas Pensyarah Falsafah separuh-masa di Kolej Marist, New York. Joshua J. Mark menetap di Greece dan Jerman dan pernah mengembara ke Mesir. Beliau mengajar sejarah, penulisan, kesusasteraan, dan falsafah pada peringkat kolej.

Nyatakan Kerja Ini

Gaya APA

Mark, J. J. (2022, October 23). Timur Dekat [Near East]. (A. Zayyanid, Penterjemah). World History Encyclopedia. Diperolehi dari https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-16/timur-dekat/

Gaya Chicago

Mark, Joshua J.. "Timur Dekat." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. World History Encyclopedia. Terakhir diubah suai October 23, 2022. https://www.worldhistory.org/trans/ms/1-16/timur-dekat/.

Gaya MLA

Mark, Joshua J.. "Timur Dekat." Diterjemahkan oleh Amir Zayyanid. World History Encyclopedia. World History Encyclopedia, 23 Oct 2022. Web. 19 Apr 2024.